"Catatan Dari Bumi Anbiya"

RENUNGKAN BERSAMA

Photobucket

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

AQIDATUNA
AQIDATUNA
PANJI PERJUANGAN
PANJI PERJUANGAN
JOM JOIN PEMUDA
JOM JOIN NISA'
Image and video hosting by TinyPic
AL-AZHAR AS-SYARIF
Image and video hosting by TinyPic
SEMBAHYANGLAH KAMU!!!
HERBA PRODUK AL-WAHIDA
RADIX
Image and video hosting by TinyPic
BACALAH


PMRAM CAWANGAN DPM/I
PMRAM CAWANGAN BKAN
LIVE TRAFFIC FEED
TETAMU
free counters
SANG PUTIH
nama
Translate Now
TERJEMAHAN LIRIK SOLDIERS OF ALLAH 1924
Monday, March 1, 2010
Kebenaran tentang negara
Ia tidak pernah seperti ini
Marilah kita lihat kembali
Sejarah mengingatkan kita
Satu tentera
Satu bumi

Satu penguasa pusat
Menghancurkan tentera Rom
Meletakkan Parsi dalam ketakutan
Ummah ini seperti Singa
Tidak perlu mengalirkan air mata

Apabila sebuah kampung diserang oleh kuffar
Didengari oleh Khalifah
tangisan seorang wanita &
Bersedia untuk berperang
Menyerang kota

Memusnahkannya
dari wujud
Pelajaran # 1
Jangan sekali-kali
Mencabar umat Islam

Imam umah ini adalah perisai di mana beliau
melindungi ummah dan di mana ummah
bertempur dibelakangnya
Dimanakan perisai tersebut hari ini untuk
melindungi Ummah??
Apa terjadi kepada perisai tersebut yang menjadi
maruah dan keagungan Ummah??
Dalam tahun 1917 Perdana Menteri Britain
selepas memasuki Jerusalem berkata
"Perang salib telah berakhir"
Dalam tahun yang sama, Jeneral Peranchis goro
pergi ke perkuburan Salahuddin al-Ayubi,
Salahuddin al-Ayubi, seorang yang 730 tahun
yang lalu menghancurkan salibiyah dan
membebaskan Palestin
& Syria, beliau pergi ke kuburnya di Damsyik
dan menyepaknya dan berkata bangunlah wahai
Salahuddin kami telah datang
Bagaimana mereka melakukannya
kepada saya dan kamu

Kita membuka TV
dan apa yang kita lihat
dunia penuh dengan kerosakan
generasi penuh penderitaan
ummah kita dalam kesedihan
Marilah kita kembali
ke permulaan abad
dan melihat kembali sejara kita

dari satu sudut
ke sudut lain dunia ini sistem Islam memerintah dunia
Mereka merujuk kepada umat Islam
untuk menyelesaikan masaalah mereka
dari mathematik ke biologi
kepada kemajuan dalam teknologi

Wanita kafir pernah meniru wanita kita
mereka mahukan kehormatan yang sama
yang diberikan kepada wanita kita manakala
musuh Islam
cuba memutarbelitkan al-Quran
cuba menulis satu Surah seperti Allah,
tetapi kesemua mereka gagal
& ramai yang menjawab dengan Ashhadu -an la
Ilaha Ilallah wa Ashhadu- anna Muhammadun rasullullah Allah telah mencabar manusia sehingga ke hari
qiamat untuk membuat satu Surah atau satu
Ayat sama seperti al-Quran Dan Allah menjamin bahawa mereka tidak akan
mampu membuat satu ayat seperti itu
Kufar merancang dan bekerja untuk
memusnahkan Deen dan Allah meminta kita
juga merancang
dan jika semua manusia di dunia ini bersatu
mereka masih tidak mampu dan tidak berupaya
mencalarkan sebiji benih yang dibawah kekuasaan
Allah (SWT)

Selepas gagal di medan perang
golongan kufar bersatu dan mereka memutuskan untuk mengalah
mereka berkata kita mesti berubah
dan berfikir cara umat Islam berfikir
dan yang pasti

Ummah Muslim mula tenggelam Dalam tahun 1917 john belford
menjanjikan palestin
kepada yahudi 31 tahun kemudian
janjinya tertunai

Britain dan Peranchis
memecahkan bumi umat Islam
3 tahun kemudian
Pengkhianat terbesar Islam
mustafa kamal
membawa kejatuhan negara

Dalam tahun 1920 mustafa kamal dengan
bantuan British menjadi wira
hmm hero ini membatalkan penguasaan
sistem yang paling kuat yang amat
sesuai untuk manusia
Khalifah!!! beliau membuang semua hukum Allah
beliau tidak berhenti disitu. Beliau
mengharamkan azan dalam bahasa Arab, beliau
menafikan hak wanita untuk mentaati Allah
(SWT) dengan mengharamkan Hijab.
Kesemua kelendar Islam dan hari cuti dibatalkan
Ya saudara dan saudari
Beliau menukar huruf Arab kepada Latin
Dengan cara itu beliau memastikan generasi
akan datang akan sesat dan tidak mempunyai
kaitan dengan akar Islam mereka kerana mereka
tidak tahu membaca atau menulis semua
kebudayaan Islam yang dicatakkan . Sistem
Islam ini yang diturunkan oleh Pencipta seluruh
alam untuk diamalkan ditempatkan di muzium
untuk dilawati dan di lihat di Turki.

Dalam tahun 1924 Negara kita dihancurkan
Ratusan tahun merancang Dan rancangan
mereka telah berjaya
Kafir telah memecahkan perjanjian kita
mencemari ilmu kita
Dengarlah kerana kamu tidak akan
mempelajarinya di kolej

Bermulanya penutup
dan perpecahan bermula
Satu demi satu mereka membahagikan tanah air kita
dalam 1921 Arab Saudi dan Iran
tahun berikutnya Mesir
& dalam 32 Iraq

Tahun 1945 Jordan, Indonesia
Lubnan & Syria Dua tahun kemudian
Pepecahan India Umat Islam bangun
dan mendesak
pemerintahan secara Islam
lalu mereka memberi Pakistan
tetapi ia hanyalah satu ilusi
resolusi yang palsu jauh dari penyelesaian
Dalam tahun 1948
Yahudi mewujudkan negara Israelnya

Tahun 1901 kufar pergi kepada Sultan Abdul
Hamid ke 2 dan menawarkan untuk membayar
sejumlah besar wang kepada negara Islam
Palestin, Sultan Abdul Hamid ke 2 menjawab:
Saya tidak akan menyerahkan seinchi bumi
Palestin kepada Yahudi kerana Palestin
bukanlah hak saya tetapi ia adalah milik ummah
dan ummah telah bertumpah darah untuk
memertahankan bumi ini tetapi jika satu hari
negara Islam tumbang dan kamu boleh memiliki
Palestin secara percuma tetapi selagi saya
masih hidup saya lebih rela jasad saya dicincang
daripada saya mencincang Palestin dari bumi
umat Islam saya tidak akan membenarkan ia
diukir selagi saya masih hidup!!

Dalam 1960 Somalia & Nigeria
Kuwait & Algeria
Dalam tahun 1964 Datang PLO
Yasser Arafat Orang suruhan AS kejatuhan yang besar
Dalam tahun 1969
Apabila Barat melatih umat Islam
ulama diupah Yahudi membakar masjid al-Aqsa! Marilah ingati tahun 1970
Bagi mereka yang masih ingat
Itulah tahun
Yang kita mendapat September hitam

Raja Jordan
& Yasser Arafat Memulakan perancangan mereka
tembakan demi tembakan
darah umat Islam
mula mengalir apabila umat Islam yang tidak
berdosa dibunuh
Komunisme menyerang
tetapi umat Islam melawan balik

Mujahiddin Afghanistan yang ikhlas
berjuang dan menghalau keluar tentera Rusia
dan kemudian mereka mula berperang sesama
sendiri. Khomeini mula berkuasa dan berjanji
untuk memerintah mengangkat umat Islam ke
tahap yang agung
Tetapi janjinya tidak tercapai
sebaik selepas Iran dan Iraq berperang
Dan jutaan umat Islam yang tidak berdosa
terbunuh selama 10 tahun. Muslim membunuh muslim Kerana Apa!!!??? Apa lagi!!! Agenda Barat!!!
Akhirnya tiada resolusi Hari ini Iran lebih terbuka kepada demokrasi dan reformasi
dan umat Islam di Iraq terus merana. SubhanAllah! Dimanakah Amir
umah ini??!!!

Satu dekad lagi hilang tetapi kita masih belum mendapati Islam
Cuba lihat di teluk
Dan pembunuhan Saddam
Lebih sejuta umat Islam terbunuh, tetapi tiada
seorang yang menjawab tangisan mereka
Dalam tahun 1990
Penghapusan umat Islam Bosnia Kosovo Chechnya
Dagistan

Kembalikan Islam!
Kembalikan Islam!
Kembalikan Islam!
Kembalikan Islam!

Tahun 2000 Tiada apa yang berubah
Generasi lalu telah berumur
Marilah kita menulis lambaran baru
Tiba masanya untuk kita berubah
Hanya anda dan saya
Samada kita mencipta sejarah
atau kita menjadi sejarah
posted by Dr. Khair @ 2:18 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
DUSTURUNA
Photobucket

Ya ALLAH...

Kami tahu bahawa AL-QURAN itu adalah milikMU...

Kami jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami...

Dan kami jua tahu ENGKAU berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa yang ENGKAU kehendaki...

Hanya satu permintaan kami...

ENGKAU bantulah kami dalam menjaga kalam suci-MU...

Jua bantulah kami untuk mengamalkannya...

Agar kami menjadi penghafaz KALAM suci-MU yang sejati...

Ameen...

Photobucket
TAA'RUF HAMBA

Name: Dr. Khair
Home: Shah Alam, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
SAHABAT
BINCANG

ShoutMix chat widget
KALENDAR
CONVERTER
Previous Post
Archives
SURAT KHABAR
AL-ULAMA' WARASATUL ANBIYA'
PAKATAN RAKYAT
SANG MERAH
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 "Catatan Dari Bumi Anbiya" Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures