"Catatan Dari Bumi Anbiya"

RENUNGKAN BERSAMA

Photobucket

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

AQIDATUNA
AQIDATUNA
PANJI PERJUANGAN
PANJI PERJUANGAN
JOM JOIN PEMUDA
JOM JOIN NISA'
Image and video hosting by TinyPic
AL-AZHAR AS-SYARIF
Image and video hosting by TinyPic
SEMBAHYANGLAH KAMU!!!
HERBA PRODUK AL-WAHIDA
RADIX
Image and video hosting by TinyPic
BACALAH


PMRAM CAWANGAN DPM/I
PMRAM CAWANGAN BKAN
LIVE TRAFFIC FEED
TETAMU
free counters
SANG PUTIH
nama
Translate Now
DEMI WAKTU DHUHA
Monday, March 1, 2010
Dalam al-Quran surah ad-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Demi waktu Dhuhaa.
(2) Dan malam apabila ia sunyi sepi.
(3) (bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(4) Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
(5) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati).
(6) Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan?
(7) Dan di paginya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
(8) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
(9) Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
(10) Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
(11) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat.

Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita.

Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis Qudsi yang bermaksud :

" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." (Riwayat Tirmizi)

Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling daripada Allah lalu pergi menemui bomoh untuk mendapatkan tangkal dan pelaris. Rumah dan gerai-gerai dipenuhi wafak-wafak yang mereka percaya boleh membantu memberi mereka kejayaan, tetapi akhirnya tetap juga kecewa. Perbuatan-perbuatan sedemikian syirik dan menjadikan Allah s.w.t. murka kepada mereka dan hilang keberkatannya.

Sebaliknya orang yang kuat imannya kepada Allah s.w.t akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah s.w.t . Mereka yakin Allah sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan.

Sebagai tanda kekuatan iman mereka kepada Allah, apa-apa sahaja keperluan mereka, mereka akan meminta hanya kepada Allah melalui amal ibadah.

Firman Allah s.w.t

" Hai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah kepada-Nya wasilah. Dan berjuanglah di jalan Allah, semoga kamu berjaya. "

( Surah al-Maidah : 35 )

Wasilah yang di maksudkan di sini jelas bukanlah apa yang berbentuk kubur,batu atau kayu yang dijadikan sebahagian manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya itu semua hanya akan menjauhkan kita daripada Allah s.w.t

Sebaik-baik wasilah yang dimaksudkan ialah apa-apa jua ibadah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t maka apa-apa sahaja yang diinginkan akan dikabulkan-Nya.

Beberapa hadis Nasi Muhammad s.a.w ada menerangkan tentang kesan solah sunat Dhuha kepada tubuh kita.

Antaranya :

Fadilatnya-Kekuatan Jasmani

Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud "

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan maka dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )

Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.

Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.



SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali



Baca doa ini selesai solat



Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
posted by Dr. Khair @ 3:19 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
DUSTURUNA
Photobucket

Ya ALLAH...

Kami tahu bahawa AL-QURAN itu adalah milikMU...

Kami jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami...

Dan kami jua tahu ENGKAU berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa yang ENGKAU kehendaki...

Hanya satu permintaan kami...

ENGKAU bantulah kami dalam menjaga kalam suci-MU...

Jua bantulah kami untuk mengamalkannya...

Agar kami menjadi penghafaz KALAM suci-MU yang sejati...

Ameen...

Photobucket
TAA'RUF HAMBA

Name: Dr. Khair
Home: Shah Alam, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
SAHABAT
BINCANG

ShoutMix chat widget
KALENDAR
CONVERTER
Previous Post
Archives
SURAT KHABAR
AL-ULAMA' WARASATUL ANBIYA'
PAKATAN RAKYAT
SANG MERAH
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 "Catatan Dari Bumi Anbiya" Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures